Anwar Ibrahim Beri Teguran Tegas Buat Perdana Menteri Norway, – “Kontrak Pertahanan Bukan Kertas Hiasan”

Anwar Ibrahim Beri Teguran Tegas Buat Perdana Menteri Norway, – “Kontrak Pertahanan Bukan Kertas Hiasan”

Oh! Negara

Anwar Ibrahim bantah tindakan Norway tarik balik lesen eksport peluru berpandu NSM untuk Malaysia.


Kerajaan Malaysia sudah pastinya kecewa dengan tindakan Norway yang menarik balik lesen eksport peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) dan sistem pelancar untuk Malaysia pada saat akhir.

Susulan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menghubungi Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Støre bagi menyatakan bantahan keras terhadap keputusan unilateral berkenaan yang disifatkan tidak boleh diterima.

Anwar Ibrahim kecewa dengan tindakan Norway

Kredit Foto Janaan AI

Dalam kenyataan yang dimuat naik, Anwar berkata Malaysia sudah memenuhi semua tanggungjawab di bawah kontrak sejak tahun 2018 dengan penuh teliti dan itikad baik.

Namun menurut beliau, Norway seolah-olah gagal menunjukkan sikap sama terhadap Malaysia walaupun perjanjian itu telah dipersetujui bersama sebelum ini.

Saya menyampaikan bantahan keras Malaysia dalam perbualan telefon dengan Perdana Menteri Jonas Gahr Støre berhubung keputusan unilateral dan tidak boleh diterima Norway untuk membatalkan lesen eksport sistem Naval Strike Missile (NSM) dan sistem pelancarnya, kononnya demi melindungi keselamatan Norway.- Katanya.

Beri kesan besar kepada pertahanan Malaysia

Kredit Foto Janaan AI

Anwar turut menjelaskan bahawa keputusan mengejut Norway itu boleh memberi kesan besar terhadap kesiapsiagaan operasi pertahanan negara.

Malah, ia juga dikatakan akan menjejaskan program pemodenan Kapal Tempur Pesisir atau Littoral Combat Ship (LCS) milik Malaysia yang sedang berjalan ketika ini.

Saya menjelaskan bahawa keputusan ini akan membawa kesan serius terhadap kesiapsiagaan operasi pertahanan Malaysia dan program pemodenan Littoral Combat Ship (LCS). Ia juga pasti memberi implikasi lebih luas terhadap keseimbangan serantau.- Tegasnya.

“Kontrak bukan kertas hiasan” – Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim
Kredit Foto Anwar Ibrahim

Apa yang paling mencuri perhatian sudah tentu kenyataan tegas Anwar apabila beliau mengingatkan Norway bahawa kontrak yang ditandatangani bukan sesuatu yang boleh dipermainkan sesuka hati.

Menurut Anwar, tindakan mana-mana pembekal pertahanan Eropah yang menarik diri sesuka hati hanya akan menjejaskan keyakinan negara lain untuk menjadikan mereka sebagai rakan strategik.

Kontrak yang ditandatangani adalah instrumen yang serius. Ia bukan konfeti atau kertas hiasan yang boleh dicarik dan ditabur sesuka hati. Jika pembekal pertahanan Eropah merasakan mereka boleh mungkir tanpa sebarang akibat, maka nilai mereka sebagai rakan strategik akan hilang.- Katanya.

Pssttt! Dalam soal pertahanan negara, setiap keputusan memang beri kesan besar kepada keselamatan dan hubungan antarabangsa. Sebab tu bila dah tandatangan perjanjian, semua pihak kena pegang amanah dan hormat komitmen yang dibuat.

Kredit: FB Anwar Ibrahim
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top