Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan wujud komplot untuk jatuhkan kerajaan yang kini sedang disiasat pihak polis. Lebih mengejutkan, beliau mendakwa gerakan itu turut membabitkan kelompok Zionis terkemuka.
Menurut Anwar, isu ini bukan sekadar soal politik atau serangan terhadap individu tertentu, tetapi melibatkan keselamatan negara yang perlu diberi keutamaan. Sebab itu beliau meminta semua pihak beri ruang kepada Polis Diraja Malaysia untuk melengkapkan siasatan.

Tapi yang saya nak rayu satu saja, kita ambil sikap terbuka. Kerana sebahagian saya dengar semalam, sebahagian daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat pembangkang juga faham. Jangan kita naif ataupun tidak mengikuti bahawa bila main soal kepentingan negara.
Ya, soal kritik saya terima, saya tidak pernah lapor oleh kerana Ahli-Ahli Yang Berhormat kritik Perdana Menteri, maka itu jadi isu. Saya jawab kadang-kadang. Tetapi ini bukan soal kritik kepada Perdana Menteri. Ini usaha sabotaj Kerajaan dan negara.- Katanya.
Libatkan kelompok Zionis terkemuka

Dalam pendedahan di Dewan Rakyat itu, Anwar turut menyebut komplot jatuhkan kerajaan berkenaan ada kaitan dengan kelompok Zionis terkemuka. Beliau meminta semua pihak bersabar sebelum maklumat lanjut didedahkan.
Dan kalau esok tahu orang yang nak dipertahankan oleh Yang Berhormat Arau itu, itu di antara kelompok Zionis terkemuka. Kelompok Zionis terkemuka, digunakan dalam program ini, projek ini dan nanti tunggu sabar entah seminggu, dua minggu, bila keadaan ini terbongkar, boleh diceritakan.
Apa kita nak pilih nak pertahan? Tak ada orang lain dalam dunia untuk pertahankan kedudukan kita selain daripada merujuk kepada tokoh Zionis ini, memang jelas menentang Islam dan negara-negara yang mempertahankan Gaza.- Katanya.
Sebelum ini media melaporkan sebuah keluarga berpengaruh tempatan didakwa mendalangi komplot jatuhkan kerajaan dengan menggunakan media antarabangsa serta pelobi luar negara. Dakwaan itu dibuat menerusi satu laporan polis di IPD Brickfields.
Pssttt! Ohmedia harap korang tenang dan beri ruang kepada pihak berkuasa jalankan siasatan. Isu komplot jatuhkan kerajaan ni bukan perkara kecil sebab ia melibatkan keselamatan negara kita sendiri.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




