Oh! Negara
Anwar minta Prabowo melihat isu pelaburan FELDA dalam Eagle High Plantations yang berdepan risiko kerugian RM2.5 bilion.
Pelaburan FELDA di Indonesia kembali menjadi perhatian selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau sudah mengutus surat kepada Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.
Langkah itu dibuat bagi meminta Prabowo turut melihat permasalahan melibatkan pelaburan FELDA dalam syarikat Eagle High Plantations TPK (EHP), yang ketika ini masih tersangkut di mahkamah.
Pelaburan berbilion FELDA masih belum selesai

Menurut Anwar, isu EHP bukan perkara kecil kerana kerugian yang bakal ditanggung boleh mencecah RM2.5 bilion sekiranya masalah itu gagal diselesaikan.
Malah, jumlah yang mungkin berjaya diperoleh semula pula dikatakan hanya sekitar RM200 juta.
Saya sudah menulis surat kepada Presiden Prabowo meminta beliau melihat juga permasalahan ini. Kerugian kalau tidak ditangani, (adalah) RM2.5 bilion, yang mungkin kita peroleh nanti hanya RM200 juta. Ini satu contoh.- Katanya.
Anwar turut menyifatkan isu pelaburan seperti hotel di London atau Kuching sebagai lebih kecil berbanding kes EHP.
Isu yang dibangkitkan membabitkan hotel di London atau Kuching, itu masalah kecil. Isu yang paling besar termasuk pelaburan di Indonesia membabitkan EHP yang sekarang tersangkut di mahkamah.- Katanya.
Keputusan tribunal sudah memihak FELDA

Untuk rekod, FELDA terbabit dalam pelaburan bernilai kira-kira RM2.3 bilion dalam EHP pada 2016.
Pada Jun 2024, Tribunal Pusat Timbangtara Antarabangsa Singapura (SIAC) membuat keputusan memihak kepada anak syarikat FELDA, FIC Properties Sdn Bhd (FICP), berhubung tuntutan Put Option terhadap 37 peratus pegangan saham dalam EHP.
Tribunal ketika itu mengarahkan PT Rajawali Capital International (RCI) dan PT Rajawali Corpora (RC), sama ada salah satu atau kedua-duanya, melaksanakan tanggungjawab di bawah Put Option dengan membeli kembali saham EHP daripada FICP pada harga atau kadar yang dipersetujui.
Bagaimanapun, berdasarkan laporan Parlimen pada Oktober 2025, arahan timbang tara berkenaan masih belum selesai dilaksanakan. Bulan lalu, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Radzi Jidin turut meminta kerajaan memberi perhatian terhadap isu EHP.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

