Anwar Ibrahim Digesa Rehatkan Segera Azam Baki Sebab Pegang Saham RM800K

Anwar Ibrahim Digesa Rehatkan Segera Azam Baki Sebab Pegang Saham RM800K

Oh! Negara

Azam Baki dikaitkan dengan pemilikan saham hampir RM800K, langgar had penjawat awam.


Nama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki kembali panas selepas laporan Bloomberg dedahkan beliau miliki hampir 18 juta saham dalam sebuah syarikat kewangan.

Isu ni segera tarik perhatian ramai sebab ini bukan kali pertama Azam dikaitkan dengan kontroversi pemilikan saham. Malah, sebelum ni Anwar sendiri pernah pertahan Azam. Tapi dengan bukti baru ni, tekanan terhadap kerajaan makin meningkat.

Azam Baki miliki 17.7 juta saham dalam syarikat kewangan

Menurut laporan Bloomberg, Azam memiliki 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Partners Berhad, iaitu sekitar 1.7% pegangan syarikat. Rekod ni disahkan semula oleh Malaysiakini melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Berdasarkan harga semasa, nilai saham tersebut dianggarkan hampir RM800,000. Peraturan sedia ada hanya benarkan penjawat awam memiliki maksimum RM100,000 saham dalam satu syarikat. Tapi tak jelas bila Azam beli saham ni.

Semakan harga saham Velocity sejak Ogos 2022 tunjuk nilainya kekal rendah sekitar RM0.045 sesaham. Saham tu pernah cecah RM1.50 sesaham pada April 2019.

Bukan kali pertama isu saham Azam Baki timbul

Pada 2021, Azam juga dikaitkan dengan pemilikan 1.93 juta saham dalam Gets Global Berhad bernilai RM772,000 ketika itu. Pegangan tu menurun ke 1.03 juta saham pada 2016.

Beliau juga memiliki lebih 2 juta waran dalam Excel Force MSC Berhad pada waktu yang sama, semuanya melebihi had yang dibenarkan. Masa tu, Azam jelaskan yang saham-saham tu dibeli oleh adiknya menggunakan namanya. Tapi hasil siasatan Suruhanjaya Sekuriti dapati Azam sendiri ada kawalan ke atas akaun tu.

Anwar Ibrahim pernah sokong, tapi kini ditekan semula

Masa jadi ketua pembangkang dulu, Anwar janji nak desak isu Azam ni. Tapi sejak jadi perdana menteri, Anwar mula beri sokongan penuh pada Azam, malah lanjutkan kontrak beliau sebanyak tiga kali.

Kontrak Azam sekarang akan tamat pada Mei 2026. Dia juga beri bayangan akan bersara selepas itu. Tapi lepas laporan terbaru ni keluar, tekanan politik terhadap Anwar kembali meningkat. Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim minta tindakan tegas segera.

Pssttt! Ohmedia rasa benda ni bukan sekadar soal saham semata-mata. Ia soal kepercayaan rakyat pada integriti institusi yang sepatutnya jadi benteng lawan rasuah. Kalau ada keraguan, siasat je dengan telus dan terbuka.

Kredit: Malaysia kini
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top