Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan harapan besar kepada atlet negara untuk bawa pulang pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik 2028.
Menerusi laporan Berita RTM, Anwar percaya di bawah kepimpinan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria, impian itu semakin diyakini dan mampu dicapai.
Sudah tentu kita mahu kecemerlangan. Semua orang sedang menunggu. Di bawah Hannah dan kini bersama Norza, kita harapkan sekurang-kurangnya satu pingat emas. Kalau tidak, kita masih terus berjuang.- Kata PMX.
Apapun Anwar Ibrahim anggap sukan bukan sekadar pingat…
Menurut Anwar, sukan bukan hanya tentang kemenangan dan pingat semata-mata. Ia juga adalah simbol perpaduan rakyat berbilang bangsa di Malaysia.
Ahli Parlimen Tambun itu turut mengimbau bagaimana sukan telah lama menjadi pengikat rakyat walaupun negara pernah melalui pelbagai cabaran hubungan kaum.
Ingat lagi, kita pernah lalui zaman sukar. Tapi bila melibatkan sukan bola sepak, badminton semua rakyat bersatu menyokong pasukan negara. Tak kira Melayu, Cina, India, Dayak, kita semua bersorak bersama sebagai rakyat Malaysia.- Ujarnya.
Anwar turut menegaskan bahawa beliau akan terus komited dalam menyokong pembangunan sukan negara. Katanya, sukan bukan saja mengangkat nama Malaysia di mata dunia, tetapi juga mampu menyatukan seluruh rakyat di bawah satu semangat kebangsaan.
Pssttt! Ohmedia rasa apa yang PM cakap ni memang betul. Sukan bukan sekadar tempat nak raih piala atau pingat, tapi platform untuk kita semua bersatu sebagai rakyat Malaysia. Jadi, marilah kita sama-sama terus sokong atlet negara tidak kira apa jua cabang sukan yang mereka ceburi.
Kredit: RTM
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!