Anwar Ibrahim Kecam Serangan Ke Atas Ketua Polis Dang Wangi

Anwar Ibrahim Kecam Serangan Ke Atas Ketua Polis Dang Wangi

Oh! Negara

Anwar Ibrahim kecam insiden Ketua Polis Dang Wangi cedera di Kampung Sungai Baru.


Suasana tegang di Kampung Sungai Baru bukan saja cetus perasaan marah dalam kalangan penduduk, malah turut menggemparkan negara bila Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman cedera parah di kepala.

Insiden tu berlaku ketika pihak berkuasa jalankan operasi pengosongan rumah berdasarkan arahan mahkamah. Tapi dalam kekecohan, beliau diserang pihak tidak bertanggungjawab sehingga kepalanya berlumuran darah.

Arahan mahkamah jadi punca operasi…

Isu bermula bila keluar arahan rasmi mahkamah untuk merobohkan beberapa rumah di Kampung Sungai Baru. Proses ini diketuai oleh bailif mahkamah dengan sokongan beberapa agensi berkaitan.

Pihak polis pula ditugaskan untuk kawal keadaan supaya operasi berjalan lancar.

Tapi lain pula jadinya bila penduduk enggan beredar dan sebahagian daripada mereka cuba masuk semula ke kawasan terbabit.

Ketua polis alami kecederaan…

Dalam usaha mengawal situasi yang semakin panas, Ketua Polis Dang Wangi sendiri cedera di kepala selepas dipercayai diserang.

Gambar yang tersebar menunjukkan beliau berlumuran darah, sekali gus mengundang rasa simpati ramai pihak terhadap keberanian beliau yang masih turun padang ketika keadaan genting.

Anggota polis lain dilihat segera beri bantuan kecemasan sebelum beliau dibawa untuk rawatan lanjut. Walaupun cedera, pasukan polis tetap meneruskan kawalan agar suasana tidak terus jadi huru-hara.

Anwar Ibrahim kecam tindakan kejam…

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim segera mengeluarkan kenyataan keras. Beliau menegaskan kerajaan sentiasa hormat hak rakyat untuk berhimpun secara aman, tapi kebebasan itu ada batas.

Insiden menyerang sehingga mencederakan penjawat awam yakni Ketua Polis Daerah Dang Wangi oleh pihak berkepentingan dan tidak bertanggungjawab adalah perbuatan keji dan mesti dikecam.- Tegasnya.

Beliau turut arahkan pihak berkuasa untuk percepatkan siasatan, kenal pasti dalang, dan pastikan penyerang yang bertanggungjawab segera diheret ke muka pengadilan.

Anwar Ibrahim tegaskan, jangan salahguna hak berhimpun…

Anwar Ibrahim

Anwar turut beri peringatan tegas bahawa hak berhimpun tidak boleh dijadikan alasan untuk kepentingan politik sempit. Katanya, sebarang bentuk keganasan, hasutan kebencian, dan maklumat palsu tidak boleh sama sekali dibiarkan merebak dalam masyarakat.

Berhimpun secara aman mesti tidak harus disalahguna untuk kepentingan politik sempit dan mencetuskan suasana tidak tenteram di kalangan rakyat.- Tambahnya lagi.

Walaupun pihak berkuasa arahkan penduduk supaya bersurai, tinjauan media mendapati suasana masih tegang. Ramai yang enggan berganjak kerana mendesak untuk kekal di tanah mereka.

Hal ini membuktikan isu perobohan rumah bukan sekadar soal undang-undang, tapi juga soal emosi, sejarah, dan kehidupan seharian penduduk.

Pssttt! Korang, bila bab rumah dan tanah, memang susah nak kawal perasaan sebab ia tempat kita membesar dan penuh kenangan. Tapi jangan sampai emosi tu bawa kita buat tindakan yang bahayakan orang lain. Ingat, undang-undang tetap kena dihormati. Kalau ada rasa tak puas hati, bawalah cara aman dan cari jalan penyelesaian yang tak merugikan diri sendiri.

Kredit: Facebook Anwar Ibrahim
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top