Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa kecewa terhadap individu yang kononnya berpegang teguh pada ajaran Islam tetapi masih mengamalkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Menurut laporan Free Malaysia Today, beliau menegaskan bahawa ibadah puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga mendidik umat Islam supaya jujur, berdisiplin, dan bermoral.
Anwar Ibrahim Persoal Integriti

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri tidak memetik nama mana-mana individu ketika berkata mengenai perkara itu.
Bagaimana (boleh) simpan duit di ‘safe house’? Tapi puasa tak tinggal. Mana integritinya?
Ramadan bukan sekadar ritual

Anwar juga menekankan bahawa ketaqwaan bukan topeng untuk menutup kelakuan tidak beretika. Ramadan sepatutnya menjadi bulan untuk umat Islam mengawal diri dan bertanggungjawab.
Kita tidak boleh membiarkan negara ini dipenuhi dengan orang yang bersolat dan berpuasa, tetapi dalam masa yang sama berbohong, menipu, dan mencuri.
#ApaKataOhmedia
Ibadah bukan sekadar ritual tetapi perlu diamalkan dalam kehidupan seharian. Jujur dan amanah adalah nilai penting dalam Islam, jadi jangan biarkan puasa hanya menjadi adat tanpa makna sebenar!
