Anwar Ibrahim Mohon Maaf Kepada Rakyat Tentang Harga Minyak

Anwar Ibrahim Mohon Maaf Kepada Rakyat Tentang Harga Minyak

Oh! Negara

PM Anwar mohon maaf dan umum harga RON95 akan turun ke RM1.99 seliter sebelum akhir September ini.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya tampil beri penjelasan mengenai janji penurunan harga petrol RON95 yang sebelum ini jadi bualan ramai.

Dalam satu kenyataan terbaru, Anwar memohon maaf kepada rakyat kerana mengambil masa yang agak lama untuk melaksanakan janji tersebut.

Menurut beliau, kelewatan itu berpunca daripada beban hutang negara yang tinggi serta keadaan ekonomi yang perlahan.

Disebabkan itu, kerajaan perlu beri keutamaan untuk tarik pelaburan dan cipta lebih banyak peluang pekerjaan terlebih dahulu.

Saya telah berikhtiar, saya minta maaf kerana mengambil masa lebih panjang (kerana) hutang tinggi kemudian ekonomi malap, jadi saya terpaksa tarik pelaburan masuk, jumlah pekerjaan, AI (kecerdasan buatan) dan sebagainya.- Katanya.

Anwar Ibrahim umum harga baru RON95 RM1.99

Harga Minyak

Walaupun harga pasaran sebenar sekarang berada pada sekitar RM2.50 seliter, Anwar berkata kerajaan bersedia menurunkan harga RON95 daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter. Ini akan dilaksanakan sebelum akhir September ini.

Sebelum akhir September saya akan pastikan pelaksanaan menurunkan harga minyak RON95 kepada RM1.99.

Anwar juga menjelaskan bahawa penurunan ini merupakan satu keputusan besar kerana ia akan memberikan impak kepada kewangan negara. Namun demi rakyat, beliau percaya langkah ini akan beri manfaat yang luas.

Lebih 18 juta rakyat akan terima manfaat…

465463528 1141900430624856 7717592828338682386 n 1
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hadir hadir pada Majlis Perasmian Proton Saga CKD Assembly Operation di Kaherah Mesir pada 12 November 2024. – AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDATORY

Penurunan harga RON95 ini bukan hanya sekadar janji, tapi satu usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat dalam suasana ekonomi yang mencabar.

Menurut Anwar, langkah ini akan memberi manfaat terus kepada lebih 18 juta rakyat Malaysia termasuk pemandu kereta, penunggang motosikal, belia seawal usia 16 tahun dan para pengusaha ekonomi gig.

Penurunan yang agak tinggi walaupun melibatkan kos kepada kerajaan yang bertambah (namun) ia akan memberi manfaat kepada 18 juta pemandu kereta, penunggang motosikal, belia seawal 16 tahun dan juga pengusaha gig.

Langkah menurunkan harga petrol ini merupakan satu daripada lima ikhtiar segera kerajaan dalam usaha membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Ia juga sebagai satu bentuk penghargaan atas sokongan berterusan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan ketika ini.

Pssttt! Ohmedia faham bukan senang nak kawal harga petrol dalam keadaan ekonomi tak menentu. Tapi bila pemimpin tunjuk rasa tanggungjawab dan ikhtiar untuk bantu rakyat, itu satu perkembangan yang positif. Harapnya bila harga RON95 dah turun nanti, korang dapat rancang belanja lebih baik dan terus sokong usaha kerajaan ke arah pemulihan ekonomi.

Kredit: PMX
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top