Anwar Ibrahim Tegaskan Harga Elektrik Dan Minyak Turun

Anwar Ibrahim Tegaskan Harga Elektrik Dan Minyak Turun

Oh! Negara

Anwar Ibrahim tegaskan tarif elektrik hanya naik untuk syarikat, bukan rakyat. Dakwa bil Julai rendah.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil memberi penjelasan tentang isu tarif elektrik yang hangat diperkatakan sebelum ini. Menurut beliau, walaupun ada dakwaan bahawa tarif elektrik telah dinaikkan, hakikatnya rakyat sepatutnya membayar lebih rendah mulai Julai lalu.

Anwar berkata, penyelarasan subsidi dan tarif baharu sebenarnya menyaksikan penurunan harga elektrik dan minyak. Tapi yang menjadi persoalan, kenapa ada yang rasa bayar lebih?

ā€œKalau ada bayar lebih, saya tidak fahamā€- Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim

Dalam ucapannya di Dewan Rakyat, Anwar menegaskan bahawa kenaikan tarif elektrik hanya melibatkan sektor industri dan syarikat.

Harga elektrik turun, harga minyak turun. Inilah keadaannya. (Walaupun) tarif elektrik naik, (tetapi) bayaran itu lebih rendah. Jika ada bayar lebih, saya tidak faham kerana purata penurunan adalah lapan hingga 14 peratus.- Katanya.

Beliau turut menyindir ahli-ahli Parlimen pembangkang yang menurutnya cuba menakutkan rakyat dengan isu bil elektrik, walhal rakyat sendiri dah terima bil Julai yang sebenar.

Parlimen bukan tempat bela ā€˜tauke’ tegas PMX…

Parlimen

Anwar juga menegaskan bahawa ahli Parlimen seharusnya menjadi jurucakap rakyat, bukannya ā€˜tauke’. Ini merujuk kepada dakwaan bahawa sesetengah ahli Parlimen lebih cenderung menyuarakan isu dari perspektif syarikat atau golongan berkepentingan.

Kadar elektrik yang naik adalah untuk syarikat. Kalau ada di mana-mana seperti di (kampung) Felda secara khusus terbeban, kita cuba bantu.- Katanya lagi.

Bukan setakat isu elektrik, Anwar turut menyentuh soal tarif air di negeri-negeri yang dipimpin pembangkang seperti Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Katanya, negeri-negeri ini sendiri memohon untuk naikkan tarif air atas sebab seperti tunggakan hutang dan pembaikan infrastruktur. Tapi yang peliknya, isu ni tak pula dibangkitkan oleh pihak yang sama.

Pssttt! Ohmedia harap korang jangan terus percaya bulat-bulat bila dengar isu kenaikan tarif. Kadang-kadang, yang kecoh tu bukan mewakili rakyat pun. Nak tahu betul atau tidak, semak bil sendiri, tengok maklumat rasmi. Kalau betul-betul rasa terbeban, suarakan dengan fakta, bukan ikut emosi.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top