Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa pengumuman kadar tarif baharu yang sepatutnya dibuat hari ini ditangguhkan ke esok.
Menurut laporan Kosmo, perkara ini demi memastikan keputusan yang diambil tidak memberi tekanan kepada ekonomi negara dan rakyat.
Kita doa insya-Allah ia akan membantu dan tidak membebankan ekonomi negara kita.
Fokus pada ketahanan domestik

Anwar turut menegaskan bahawa dalam menghadapi sebarang kemungkinan kesan kenaikan tarif, ketahanan domestik (resiliens) negara harus menjadi keutamaan utama.
Yang penting ialah seperti mana yang pernah saya sebut di sini, resiliens domestik, ketahanan yang harus kita bina.
Anwar tegaskan kerajaan berhati-hati dan ambil pendekatan

Menurutnya, kerajaan amat berhati-hati dan mengambil pendekatan berwaspada bagi mengurus kemungkinan peningkatan kos dan harga barangan.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.