Anwar, Prabowo bakal adakan pertemuan, bincang perkukuh hubungan dua hala

Anwar, Prabowo bakal adakan pertemuan, bincang perkukuh hubungan dua hala

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto akan mengadakan pertemuan dalam masa terdekat, bagi membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala antara negara berjiran itu.

Perdana Menteri berkata perkara itu antara yang dipersetujui oleh kedua-dua pemimpin berkenaan menerusi perbincangan secara panggilan telefon hari ini.

“Sewaktu panggilan telefon bersama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto hari ini, kami sempat bertanya khabar serta bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa yang menyentuh kepentingan kedua-dua negara demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan serantau.

“Kami juga bersetuju untuk mengadakan pertemuan dalam masa terdekat bagi terus memperkukuh hubungan erat antara dua negara berjiran yang sekian lama terjalin atas semangat persaudaraan dan kerjasama strategik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top