Anwar terharu kenang peristiwa 20 September, fokus kini bina ekonomi negara

Anwar terharu kenang peristiwa 20 September, fokus kini bina ekonomi negara

zahrin@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Datuk Seri Anwar Ibrahim sebak sebaik menyentuh mengenai tarikh 20 September ketika berucap dalam majlis sambutan Ulang Tahun Ke-140 HSBC sebentar tadi.

Nada Perdana Menteri dapat didengari berubah serta-merta selain raut wajahnya kelihatan sedikit sugul ketika meminta maaf kepada tetamu berikutan beliau tidak dapat berada lama di situ kerana perlu ke Himpunan Keadilan: Suara Rakyat, Suara Keramat.

Katanya, 20 September adalah tarikh yang memberi banyak peristiwa pahit bukan saja kepada dirinya tetapi isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta seluruh keluarga.

“(Tarikh) 20 September itu hari yang susah bagi saya, Azizah dan keluarga apabila saya ditangkap dan dipenjara. Tapi itu adalah sejarah.

“Kesusahan saya dalam penjara selama lebih 10 tahun memberikan saya kematangan dan mampu tersenyum.

“Tapi yang penting sekarang adalah tidak memikirkan masa lalu. Kita ada misi untuk memastikan ekonomi negara berkembang dan menjadi jaguh Asean. Itu adalah tanggungjawab kepimpinan sedia ada,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top