Apa Cerita podacast tampil memohon maaf secara terbuka susulan isu tular yang dibangkitkan penyanyi rap, Caprice pada Rabu.
Menerusi hantaran di Instagram rasmi milik podcast berkenaan, pihak Apa Cerita Podcast memaklumkan mereka telah mengambil kira segala maklum balas dan suara netizen berhubung episod yang sepatutnya menampilkan seorang individu yang didakwa terlibat dalam kes kekasaran terhadap beberapa pihak.
Pihak produksi podcast itu juga memberi bayangan keputusan untuk menangguhkan siaran dibuat atas dasar sensitiviti serta tanggungjawab sosial terhadap isu yang dibangkitkan oleh orang ramai.
“Setelah mmepertimbangkan dengan teliti, kami telah membuat keputusan untuk tidak menyiarkan episod tersebut. Kami percaya ini adalah keputusan yang paling wajar.
“Kepada para penonton kami, kami memohon maaf kerana tidak dapat menyiarkan episod minggu ini serta atas segala kesulitan yang berlaku,” katanya.
Mengulas lanjut, pihaknya juga menegaskan isu tular berkenaan telah diserahkan sepunuhnya kepada pihak berkuasa dan mahkamah untuk siasatan lanjut sekaligus memaklumkan episod kontroversi itu tidak ditaja oleh mana-mana pihak seperti yang didakwa.
“Kami memilih untuk meyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan mahkamah untuk jalankan siasatan.
“Untuk makkluman, episod ini tida ditaja oleh mana-mana pihak.
“Kepada yang menyokong, terima kasih kerana sentiasa bersama kami. Matlamat kami sejak awal adalah untuk memberi inspirasi dan kami berharap dapat terus melakukannya melalui episod akan datang,” jelasnya.




