Tinggal beberapa hari sahaja lagi, negara kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan buat kali ke-65. Pelbagai persiapan sedang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu bagi memastikan majlis tersebut berjalan dengan lancar termasuklah raptai penuh perarakan.
Namun, lain pula jadinya sewaktu raptai Hari Kebangsaan 2020 sedang berlangsung pada hari ini sehingga menarik perhatian ramai.
Tular sebuah video dimuat naik oleh pengguna Twitter dikenali Zack Rockstar dilihat suasana raptai sambutan tersebut diiringi nyanyian lagu Negaraku oleh orang ramai di situ.
Bagaimanapun, keadaan bendera Malaysia pada ketika itu telah menarik perhatian ramai. Mana tidaknya, bendera Jalur Gemilang dipasang secara terbalik.
“Bendera di pasang terbalik ketika rehearsal sambutan Hari Merdeka,”ciap Zack.
Bendera di pasang terbalik ketika rehearsal sambutan Hari Merdeka. pic.twitter.com/nicpBJkaM7
— Zack Rockstarᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠ (@zack_rockstar) August 29, 2022

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai menganggap tindakan ‘tidak hormat’ pada Jalur Gemilang dilihat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.


Dalam pada itu, ada yang mengaitkan kemajuan sesebuah negara dengan cara pemasangan bendera itu sendiri oleh rakyatnya.

Selain itu, terdapat warganet meluahkan kekesalan dengan sikap dan tindakan yang dilakukan oleh Anggota Tentera Malaysia (ATM) sejak kebelakangan ini di mana telah mencipta banyak kontroversi.
Malah turut mendakwa ia adalah perbuatan khianat daripada pihak pembangkang seperti DAP.







Untuk makluman, kesilapan itu disedari oleh tim penaik Jalur Gemilang, namun terpaksa meneruskan acara sehingga selesai bagi menghormati lagu kebangsaan dan mengikut tatacara protokol istiadat. Sebaik sahaja lagu Negaraku tamat dimainkan, pihak terlibat telah bertindak memperbetulkan kedudukan Jalur Gemilang dengan yang sebenarnya.
Sekadar info, pemasangan bendera terbalik adalah merupakan salah satu ‘petanda’ menunjukkan sesuatu pihak itu sengaja mahu mempersenda selain mengkhianati secara terbuka kepada negara terbuka.
Ini kerana bendera adalah tentang maruah, kedaulatan dan imej negara dan sekiranya dipasang terbalik, ia suatu penghinaan dan penderhakaan kepada kedaulatan negara kita Malaysia.
Sumber: Twitter @zack_rockstar, Sinar Harian (Janatul Firdaus Yaacob)





