Oh! Negara
Dr Maza berkata terdapat layanan berbeza melibatkan penguatkuasaan undang-undang terhadap isu dan individu tertentu.
Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza mempersoalkan layanan yang dianggap berbeza dalam beberapa isu melibatkan penguatkuasaan undang-undang di negara ini.
Ada unsur berat sebelah?

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi Dr Maza, beliau berkata Tamim Dahari yang bertindak terhadap pencerobohan haram dilihat seolah-olah diperlakukan seperti seorang penjenayah besar.
Sedangkan dalam kes penghinaan terhadap kitab suci al-Quran, terdapat pelbagai alasan yang dikemukakan sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan umat Islam.
Suara keras yang dikeluarkan terhadap mereka yang ingin menegakkan ‘rule of law’ tidak pula kedengaran nada yang sama terhadap para penceroboh haram dan yang memijak Kitab Suci al-Quran. Apa sudah jadi pada negara ini? – katanya
Perkongsian tersebut mengundang perhatian ramai pengguna media sosial dan membuka perbincangan mengenai kepentingan penguatkuasaan undang-undang yang adil serta konsisten dalam setiap isu yang berlaku.

Pada awal Februari lalu, aktivis Tamim Dahari bersama Zamri Vinoth telah ditahan oleh polis dan direman selama dua hari berhubung Perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) yang diadakan di depan Kompleks Pusat Beli Belah Sogo, Kuala Lumpur.
Pssttt! Isu sensitif seperti ini wajar ditangani dengan adil dan berhati-hati supaya tidak menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat. Pada masa sama, penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan secara konsisten agar kepercayaan rakyat terhadap sistem keadilan negara terus terpelihara.
Kredit: Facebook Dr Maza
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.




