Pelakon dan usahawan, Nur Fazura mencuri tumpuan selepas berkongsi pandangan peribadinya tentang maksud niat.
Menurut Fazura atau nama lengkapnya, Nur Fazura Sharifuddin, 43, berkata tiada orang lain yang mengetahui niat sebenar seorang individu melakukan sesuatu perkara melainkan diri sendiri.
“Hanya kita saja tahu niat kita selalu selain Allah SWT yang Maha Melihat hati kita.
“Pokok pangkal, buat sesuatu itu tujuan apa sebenarnya?,” katanya.

Fazura berkata demikian menerusi ciapan yang dimuat naik di platform Threads pada Khamis.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan aktres filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu.
Sebelum ini, nama Fazura hangat menjadi sebutan ramai selepas pelawak, Lam Pet Pet membuat lawak berunsur lucah terhadapnuya ketika di sesi siaran langsung.
Namun begitu, Lan Pet Pet atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad, 56, telah pun membuat permohonan maaf menerusi sebuah video dan juga bersemuka dengan Fazura.
Tidak mahu berdendam, Fazura segera memaafkan Lan agar mereka dapat terus bekerja secara profesional bagi sebuah jenama pakaian terkenal.
Artikel Berkaitan: Fazura & Que Haidar Buat ‘Momen’ Manis, Tapi Mimik Elly Mazlein Cuit Hati Ramai – “Baru Nak Salam Perkenalan, Tiba-Tiba Dia Menyelit…”
Artikel Berkaitan: Lawak L*cah Lan Pet Pet, Pengawal Peribadi Fazura Tampil Respons
Artikel Berkaitan: Lan Pet Pet Akhirnya Bersemuka & Mohon Maaf Sampai Hujung Kaki, Fazura Tenang Memaafkan – “Kosong-Kosong, Janji Ikhlas”




