“Apa Yang Bella Suka Pasti YB Suka” – Netizen Dakwa Syed Saddiq Obses Dengan Bella Astillah?

“Apa Yang Bella Suka Pasti YB Suka” – Netizen Dakwa Syed Saddiq Obses Dengan Bella Astillah?

Pasangan Bella Astillah dan Syed Saddiq kembali mencuri perhatian netizen apabila timbul dakwaan bahawa Ahli Parlimen Muar itu terlalu obses terhadap aktres tersebut.

Menerusi perkongsian beberapa video di tular di TikTok, Syed Saddiq kelihatan mengetahui segala yang disukai Bella termasuklah minyak wangi pilihannya.

“What is my favourite. Awak tak boleh ulang soalan yang sama je.

“Sebab orang semua kata, ini semua (perfume) bukan pilihan yang utama, tapi pilihan utama itu adalah orang yang duduk bersebelahan saya.

“Awak lupa mana yang saya suka. Cumanya, saya tahu mana yang Bella suka. Itu sahaja. Bella ni sangat preskriptif,” ulasnya.

Dalam hantaran berlainan pula, Syed Saddiq dengan selamba menyatakan bahawa Bella Astillah merupakan contoh bau wangian yang ‘sweet’ apabila ditanya mengenai pilihan haruman yang paling manis baginya.

“YB ada bau yang sweet tak? Ada, dekat sebelah saya (Bella),” katanya.

 

Scroll to Top