“Apa Yang Saya Lalui Kecil Saja, Banding Apa Yang Bella Lalui Sebelum Ini”

“Apa Yang Saya Lalui Kecil Saja, Banding Apa Yang Bella Lalui Sebelum Ini”

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mengakui dia terhutang budi dengan pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang sentiasa berada di sisi sehingga ke hari ini.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Saddiq berkata dia tidak akan melupakan segala jasa dan kebaikan Bella yang memberikan sokongan terhadapnya.

BACA: Kongsi Satu Bekas Ramen, Netizen Doa Bella & Syed Saddiq Cepat Kahwin

“Memang saya terhutang budi dengan Bella. Walaupun kita dah kenali satu sama lain sejak beberapa tahun lalu.

“Tapi untuk enam ke tujuh bulan lalu, dia sentiasa ada untuk buat saya gembira, bekerja sama-sama dan sampai ke hari ini sentiasa berada di sisi dan saya terhutang budi,” katanya.

Sementara itu, Saddiq memohon maaf kepada pengikutnya kerana tidak mampu membawa Bella membuat live bersama setiap masa kerana penyanyi itu mempunyai anak-anak dan keluarga.

“Minta maaf la saya tak bawa dia setiap kali sesi live sebab saya pun rasa serba salah… dia pun ada kerja, ada keluarga, ada Ayden dan Ara yang memerlukan cintanya sebagai seorang ibu.

“Saya tidak akan lupa perkara itu, korang tak perlu risau. Kerana hutang budi itu perlu dibalas, dan tak akan dilupakan,” katanya.

Dalam pada itu, Saddiq menganggap ujian yang dihadapinya tidak seberat yang pernah dilalui Bella sebelum ini serta menyifatkan penyanyi itu wanita laur biasa.

“Dia wanita luar biasa… orang tanya kenapa? Sebab memang betul dia wanita luar biasa pun. Apa saya diuji ini kecil saja berbanding dengan apa yang dia lalui sebelum ini,” katanya.


Scroll to Top