”Apabila ASEAN bersatu..” – Hannah Yeoh | Trending – Oh! Media

”Apabila ASEAN bersatu..” – Hannah Yeoh | Trending – Oh! Media

Trending

Manchester United tewas kepada ASEAN All-Stars di Bukit Jalil! Hannah Yeoh puji semangat perpaduan dan kehebatan pasukan ASEAN.


Perlawanan Maybank Challenge Cup 2025 mencipta sejarah apabila pasukan ASEAN All-Stars berjaya menewaskan Manchester United dengan jaringan tunggal oleh Maung Maung Lwin.

Menurut laporan Kosmo, kejayaan itu turut disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil bersama 72,550 penyokong yang membanjiri stadium.

“Apabila ASEAN bersatu, tiada yang mustahil” – Hannah Yeoh

Baeaa2a7 0bd9 4f73 97eb 0e35fbb02bba

Dalam satu kenyataan, Hannah meluahkan rasa bangga dan puas apabila melihat semangat penyokong dari seluruh Asia Tenggara yang menyokong satu pasukan gabungan.

Perlawanan itu mengajar kita sesuatu khusus kepada generasi muda: Apabila ASEAN bersatu, kejutan (yang) mustahil mampu menjadi kenyataan.

Penyokong ASEAN bangkit bersatu

Perlawanan ini bukan sekadar aksi bola sepak, tetapi simbol kepada kesatuan dan kekuatan serantau apabila pemain-pemain terbaik Asia Tenggara bergabung tenaga menewaskan nama besar bola sepak dunia.

Syabas kepada kedua-dua pasukan yang menyajikan persembahan menarik untuk ditonton bersama.

Pssttt! Kejayaan besar bermula daripada perpaduan kecil. Bila semua berganding bahu, perkara yang mustahil pun boleh jadi kenyataan!

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top