Apabila telefon pintar lebih memahami anda

Apabila telefon pintar lebih memahami anda

Seiring peredaran waktu, jangkaan terhadap keupayaan telefon pintar kini bukan lagi sekadar pada reka bentuk, sebaliknya sejauh mana peranti mampu memudahkan kehidupan seharian secara intuitif.

Telefon pintar kini lebih daripada sekadar alat komunikasi atau kamera, ia menjadi teman harian yang membantu menyusun tugasan, merakam detik penting dan melancarkan rutin harian melalui integrasi teknologi kecerdasan buatan (AI) yang lebih mendalam.

Menyahut evolusi itu, Samsung melancarkan Samsung Galaxy S26 Series yang menetapkan standard baharu melalui Agentic AI.

Menerusi Galaxy Genie, peranti kini mampu bertindak proaktif dalam menawarkan ringkasan masa nyata, terjemahan serta cadangan mengikut konteks sambil memastikan pemprosesan data kekal selamat di dalam peranti.

Integrasi One UI yang lebih pintar

Telefon pintar terbaharu ini diperkasa sistem antaramuka yang menyesuaikan diri secara dinamik mengikut tabiat pengguna.

Ia mampu meramalkan aplikasi yang bakal digunakan serta menyusun notifikasi dengan lebih efisien bagi mengurangkan gangguan.

Selain itu, kemudahan AI turut diperluas ke dalam fungsi Notes, Calls, dan Gallery bagi memudahkan tugasan harian.

Dari segi keselamatan, ciri Privacy Screen yang boleh diubah suai menambah lapisan sekuriti pada paparan menjadikan kandungan skrin bukan sahaja tajam tetapi lebih peribadi.

Prestasi fotografi, bateri tiada tandingan

Bagi peminat fotografi tegar, model Samsung Galaxy S26 Series khususnya varian Ultra membawakan gabungan perkakasan kamera canggih dan pemprosesan AI pintar. 

Penggunaan sensor lebih besar dan penstabilan imej yang dipertingkatkan memastikan hasil gambar lebih tajam dengan perincian kaya.

Keupayaan videografi malam juga kini lebih lancar melalui pengurangan hingar berasaskan AI. 

Dari segi paparan, skrin AMOLED dengan kadar segar semula tinggi memastikan visual yang lancar, disokong pengurusan haba yang lebih cekap untuk penggunaan panjang.

Keupayaan pemprosesan pantas dengan pengoptimuman GPU memberikan lonjakan ketara bagi prestasi permainan mudah alih. 

Sistem kawalan kuasa pintar membantu mengekalkan prestasi konsisten, manakala kualiti visual dikekalkan pada tahap terbaik tanpa membebankan jangka hayat bateri.

Tawaran pra-tempahan Eksklusif

Sempena pelancaran, orang ramai boleh membuat pra-tempahan Samsung Galaxy S26 Series mulai hari ini sehingga 10 Mac 2026, jam 11.59 malam. 

Pengguna berpeluang menikmati tawaran bernilai sehingga RM1,200 termasuk naik taraf storan berganda bernilai sehingga RM800 dan Samsung Rewards Points Booster sehingga RM400 apabila menebus mata ganjaran di Samsung Online Store atau aplikasi Shop. 

Selain itu, nikmati diskaun sehingga 10 peratus untuk pembelian unit tambahan Galaxy Tab, Galaxy Watch atau Galaxy Buds dalam transaksi yang sama menerusi promosi ‘Buy more, save more’. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Samsung.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top