Apple Lancar CarPlay Ultra! Kluster Kenderaan Korang Akan Jadi Canggih Gila! | Oh! Geekz – Oh! Media

Apple Lancar CarPlay Ultra! Kluster Kenderaan Korang Akan Jadi Canggih Gila! | Oh! Geekz – Oh! Media

Oh! Geekz

Canggih gila Apple CarPlay Ultra ni. Proton saya boleh masuk tak?


Apple kini tampil dengan CarPlay Ultra, sistem inforia generasi baru yang menjanjikan integrasi lebih pintar dan menyeluruh antara iPhone dengan sistem hiburan dalam kereta. 

Menurut laporan Fuzz.my, ini bukan sekadar naik taraf biasa, tapi pengalaman pemanduan level next!

Paparan lengkap terus ke kluster pemandu

Apple Carplay Ultra
Apple Carplay Ultra | Oh Media

Menurut Apple, CarPlay Ultra kini mampu memaparkan peta, muzik, mesej dan widget secara langsung ke kluster pemandu, termasuk:

  • RPM (putaran enjin)
  • Suhu enjin
  • Tekanan tayar
  • Meter kelajuan

Ya, semuanya terus muncul depan mata tanpa perlu alih pandangan ke tengah dashboard!

Lebih ‘personal’, lebih mesra pengguna

Apple Carplay Ultra
Apple Carplay Ultra | Oh Media

Apa yang menarik, antara muka CarPlay Ultra boleh diubahsuai mengikut identiti jenama kereta masing-masing. Pengguna juga diberi pilihan untuk:

  • Tukar warna tema dan latar belakang
  • Kawal fungsi kereta melalui Siri, butang fizikal atau kawalan skrin sentuh

Fuh! Memang betul-betul ikut citarasa sendiri!

Pssttt! Teknologi automotif semakin maju, tapi ingat, walau secanggih mana pun sistem dalam kereta, fokus dan keselamatan ketika memandu tetap nombor satu. Jangan terlalu leka dengan paparan sampai hilang tumpuan di jalan raya, okay?

Kredit: Fuzz.my
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top