Aprena Manrose mahu suami ‘provider’, jaga solat dan tak kedekut

Aprena Manrose mahu suami ‘provider’, jaga solat dan tak kedekut

Selepas lapan bulan melayari kehidupan sebagai ibu tunggal, pelakon Aprena Manrose menyasarkan untuk kembali bergelar sebagai seorang isteri dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Mahu suami jaga solat, tak kedekut

aprena manrose Mahu suami jaga solat, tak kedekut

Memetik laporan mStar, pemilik nama Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 33, berkata dia menyerahkan sepenuhnya urusan jodoh kepada Allah SWT.

Namun begitu, menurutnya, lelaki yang bakal menjadi suami perlu stabil kewangan, bertanggungjawab, dan mampu memimpin keluarga dengan baik.

“Saya letakkan tempoh tiga tahun untuk mencari pengganti baharu kerana jodoh itu di tangan Allah.
“Jika dipertemukan dengan seseorang yang sudah stabil dan benar-benar mampu menjadi penyedia nafkah, saya berharap dapat memberi sepenuh perhatian kepada keluarga dan tidak lagi perlu bekerja.
“Saya sedar tanggungjawab seorang isteri dan mahu menjalankan peranan itu sebaik mungkin. Insya-Allah, semoga dipertemukan dengan jodoh yang tepat,” kata Aprena, baru-baru ini.

Bercerita lebih lanjut tentang ciri lelaki idaman, Aprena menekankan bahawa aspek agama menjadi keutamaan.

“Selain provider, nombor satu saya mencari orang yang beriman dan jaga solat.
“Kedua, bukan lelaki yang kaya sebab saya bukan materialistik, tapi cukup sekadar kalau nak pergi berjalan kami boleh bercuti bersama.
“Saya tak mahu cari lelaki yang kedekut sebab tak bagus untuk diri sendiri. Nanti simpan lama-lama akhirnya diri sendiri terseksa,” tambahnya lagi.

Terdahulu, aktres berkenaan memaklumkan sudah berlapang dada menerima teguran serta kecaman netizen susulan penampilannya yang tampil tanpa mengenakan hijab.

Menurutnya, dia lebih selesa mengikut kata hati berbanding terlalu memikirkan persepsi orang sekeliling.

Artikel lain: Ayah faham keputusan tanggal tudung, asalkan jangan tinggal solat – Aprena Manrose

Dalam masa sama, Aprena memaklumkan dia telah berbincang dengan bapanya mengenai keputusan untuk tidak lagi mengenakan hijab.

Untuk rekod, Aprena mengumumkan perceraiannya dengan Mohd Afiq Hazman pada Jun tahun lalu. Pasangan ini berkahwin pada 2016 dan sepanjang tempoh perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sumber: mStar (Amin Hazlan)

Scroll to Top