Aqidah sebenar membetulkan tindak-tanduk manusia

Aqidah sebenar membetulkan tindak-tanduk manusia


APABILA beriman kepada Allah SWT itu menjadi punca aqidah yang sebenar maka itulah sahaja yang dapat membetulkan segala tindak-tanduk manusia secara individu (dirinya sendiri) dan jemaah (secara berkumpulan) serta masyarakat yang ramai jumlahnya.

Advertisement

Sesungguhnya apa yang dikatakan sebagai kufur atau jahiliah itu mengingkari pengabdian diri kepada Allah SWT yang meliputi tugas-tugas ibadah dan pelaksanaan hukum dan cara hidup di bumi ini.

Keingkaran itu tidak hanya merosakkan hubungan antara manusia dengan Allah SWT tetapi juga hubungan manusia sesama manusia dan hubungan dengan segala bahan-bahan yang ada di muka bumi ini.

Justeru itu, tidak pernah tercatat di dalam sejarah bahawa berlakunya penyelewengan aqidah tanpa disusuli dengan penyelewengan yang lain.

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS – HARAKAHDAILY 5/1/2023