Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee berkongsi beria gembira apabila berjaya memiliki sebuah kenderaan mewah jenis Toyota Alphard varian Toyota Alphard Executive Lounge keluaran 2026.
Hadiahkan Alphard Executive Lounge 2026
Screenshot
Perkara itu dikongsikan Aqil menerusi satu hantaran di TikTok pabila meluahkan rasa syukur atas rezeki yang diperoleh sepanjang tahun ini.
Menurut Aqil, ramai yang melihat dirinya seperti masih muda, namun tidak mengetahui usaha dan kerja keras yang dilakukan setiap hari demi mencari rezeki buat keluarga.
https://www.tiktok.com/@aqilzulkiflee/photo/7616246359561227540
“Alhamdulillah Ya Allah atas rezeki tahun ini. Orang nampak kita macam bebudak, macam main-main je… tapi orang tak nampak struggle kita kerja tiap hari,” tulisnya.
Dalam pada itu, bapa kepada seorang cahaya mata itu menjelaskan kenderaan mewah itu juga merupakan sebahagian hadiah buat anaknya.
Screenshot
“Ayana 5 bulan haritu tak sambut apa pun. Sekarang 6 bulan boleh jalan-jalan naik kereta baru,” jelasnya.
Tambahnya lagi, walaupun bersyukur dengan rezeki yang ada, dia percaya usaha perlu terus dipertingkatkan bukan sahaja untuk diri sendiri, malah demi orang di sekeliling termasuk pekerja yang turut sama berusaha membangunkan perniagaannya.
“Sebenarnya dah cukup sangat Allah bagi rezeki, tapi kita kena kerja lebih keras lagi demi orang sekeliling, demi pekerja-pekerja yang bersungguh kerja.
“Kita nak semua orang kaya dan berjaya sama-sama, InsyaAllah,” katanya lagi.
Artikel lain: Aqil Zulkiflee minta ampun, terpaksa tolak kepala Aliff Syukri demi lakonan
Di akhir perkongsian itu, Aqil turut merakamkan penghargaan kepada para pengikut yang sentiasa menyokong perjalanan hidup dan kerjayanya sejak dahulu hingga kini.
Sumber: TikTok aqilzulkiflee




