Pelakon jelita, Izara Aishah mencuri tumpuan apabila secara terbuka tampil mempertahankan pelakon, Puteri Balqis susulan kontroversi hangat yang melanda dirinya sejak kebelakangan ini.
Menerusi ciapan di platform Threads miliknya, Izara atau nama lengkapnya, Izara Aishah Hisham, 34, berkata dia sudah menganggap aktres berusia 18 tahun itu seperti adik kandungnya sendiri.
“Puteri Balqis adik saya dan saya akan pertahankan sesiapa yang saya gelar keluarga. Jalan cerita kami lebih kurang sama.
“Memandangkan dia pejuang, maka saya memilih untuk menahan diri daripada memberi respon toksik sebab saya mahu cuba jadi orang yang baik,” katanya yang turut berkongsi sebuah ‘meme’.

Namun begitu, aktres drama rantaian popular Keluarga Itu ini memaklumkan Puteri Balqis atau lebih mesra disapa sebagai Aqish telah meminta dirinya untuk berdiam diri daripada memberi sebarang kenyataan.
“Aqish dan suami saya suruh diam nanti diorang cabut Wifi,” selorohnya membalas komen individu yang meminta bersuara.

Sebelum ini, nama Aqish menjadi tumpuan ramai apabila dia meluahkan rasa berang terhadap Mia Sara Nasuha yang didakwa telah memerangkap serta memfitnah dirinya dan ibu, Norashikin.
Keadaan dilihat semakin tegang apabila satu kenyataan berbentuk umum yang dimuat naik oleh aktres, Janna Nick, disalah tafsir sehingga mencetuskan pertukaran kenyataan antara beliau dan Aqish di media sosial.
Dalam perkembangan sama, Mia Sara Nasuha sehingga kini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi meskipun namanya terus menjadi bualan hangat netizen berhubung pelbagai dakwaan yang tular kebelakangan ini.
Artikel Berkaitan: “Kami Diam Bertahun, Kau Ingat Aku Lupa?” – Puteri Balqis Akhirnya Bersuara, Dakwa Difitnah & Diperangkap Mia Sara
Artikel Berkaitan: “Yang Makan D*dah, Minum Ar*k, Gugurkan Anak Bukan Aku, 100 Peratus Kau!,” – Puteri Balqis Gesa Mia Sara Mohon Maaf
Artikel Berkaitan: Bapa Tiri Puteri Balqis Naik Angin, Dakwa Mia Sara Terlibat Gejala Sosial – “Sebab Mulut Kau, Aku Hampir Hilang Nyawa Isteri!”




