Hubungan antara penyanyi, Ara Johari dan pempengaruh, Ervan Rizuan menjadi sebutan ramai.
Ia susulan tular sebuah video memaparkan Ara sanggup ke Terengganu meskipun baru sahaja pulang dari Jakarta bagi membuat kejutan kepada insan yang disifatkan sering membuat dirinya tersenyum.
Ara yang manis berpenampilan serba hitam lengkap dengan tudung itu membawa sejambak bunga berisi chocolate, teddy bear dan juga sebuah jam sukan jenama Garmin.
“Selamat hari lahir Wan (panggilan Ervan). Hari ini istimewa sangat sebab insan yang selalu buat Ara tersenyum lahir pada tarikh ini. Ara doakan Wan panjang umur, murah rezeki, dipermudahkan semua urusan dan sentiasa dikelilingi dengan orang yang sayang Wan.
“Ara bersyukur dapat kenal Wan. Harapnya tahun ini bukan saja beri Wan kebahagiaan, tapi juga hadiahkan kita lebih banyak masa bersama,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengusik Ara dan Ervan seolah-olah akan mengikuti jejak langkah pasangan sejoli, Amira Othman dan Fattah Amin yang menukar status daripada rakan sekerja kepada rakan serumah.
@nur_umairah0729 Dari jarkarta ke terengganu ARA fly demi nak raikan susprise buat ervan rizuan😍ada yang terlepas moment vitmin ni ke😝nah utk korang🥰 #ervan #ervanrizuan #fyp #foryoupage #arajohari
♬ Menamakanmu Cinta – Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Ade Govinda



