Arab Saudi bincang kestabilan serantau dengan AS, UAE dan India

Arab Saudi bincang kestabilan serantau dengan AS, UAE dan India

JEDDAH — Putera Mahkota Mohammed bin Salman mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai kanan Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu dan India pada Ahad.

Antara yang terlibat dalam pertemuan di Jeddah itu adalah Timbalan Raja Abu Dhabi yang juga Penasihat Keselamatan UAE, Sheikh Tahnoun bin Zayed Al Nahyan; Penasihat Keselamatan Kebangsaan AS, Jake Sullivan dan Penasihat Keselamatan Kebangaan India, Ajit Doval.

Ketika pertemuan itu, mereka membincangkan cara untuk mengeratkan hubungan di antara ketiga-tiga negara sekali gus mengukuhkan pertumbuhan dan kestabilan serantau.

Di pihak AS, mesyuarat berkenaan dihadiri Duta Besar ke AS, Michael Ratney; Koordinator Majlis Keselamatan Kebangsaan AS bagi Asia Barat dan Afrika Utara, Brett McGurk; Koordinator Khas Presiden di Jabatan Negara, Amos Hochstein; dan Penasihat Kanan Keselamatan Kebangsaan, Ariana Berengaut.- SPA