Arab Saudi dakwa musnahkan tiga dron sasar medan minyak Shaybah

Arab Saudi dakwa musnahkan tiga dron sasar medan minyak Shaybah
Arab Saudi dakwa musnahkan tiga dron sasar medan minyak Shaybah

Tentera Arab Saudi memusnahkan tiga dron yang menyasarkan medan minyak Syahbah. Foto Agensi

ISTANBUL – Arab Saudi memaklumkan pada Khamis, pasukan tenteranya memusnahkan tiga dron yang menyasarkan medan minyak Syahbah, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut Kementerian Pertahanan, pertahanan udara negara itu turut memintas dua dron menuju ke arah wilayah timur dan satu dron ke kawasan kedutaan di ibu negara Riyadh.

Sebelum ini, pihak berkuasa Arab Saudi memaklumkan 18 dron yang menyasarkan bahagian timur negara itu telah dipintas.

Kejadian itu berlaku ketika ketegangan serantau semakin meningkat sejak Israel dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Februari lalu.

Setakat ini telah membunuh lebih 1,200 orang termasuk Pemimpin Tertinggi Iran ketika itu, Ayatollah Ali Khamenei dan mencederakan lebih 10,000 yang lain, menurut pihak berkuasa Iran.

Iran membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS.- Bernama-Anadolu

Ringkasan AI

  • Arab Saudi memusnahkan tiga dron yang menyasarkan medan minyak Syahbah
  • Pertahanan udara Arab Saudi juga memintas dua dron ke arah wilayah timur dan satu ke kawasan kedutaan di Riyadh
  • Sebelum ini, 18 dron yang menyasarkan bahagian timur Arab Saudi telah dipintas
  • Ketegangan serantau meningkat sejak serangan bersama Israel dan Amerika Syarikat ke atas Iran yang membunuh lebih 1,200 orang
  • Iran membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu ke Israel, Jordan, Iraq, dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS
Scroll to Top