Arab Saudi kutuk serangan terhadap Iran

Arab Saudi kutuk serangan terhadap Iran



Serangan dianggap melanggar kedaulatan Iran dan undang-undang antarabangsa. (FOTO: Al Arabiya)

– Advertisement –

RIYADH: Arab Saudi mengutuk pihak tentera yang melancarkan serangan terhadap Iran pada Sabtu, dan memanggilnya sebagai ‘pelanggaran kedaulatan’ dan undang-undang antarabangsa.

– Advertisement –

Negara itu turut menggesa semua pihak untuk melaksanakan sekatan maksimum dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan ke arah pengurangan konflik bagi menamatkan perang yang sedang berlangsung di rantau Timur Tengah.

“Kerajaan Arab Saudi menyatakan kecaman terhadap tentera yang mensasarkan Republik Islam Iran, yang merupakan pencabulan kedaulatannya dan pelanggaran undang-undang dan norma antarabangsa.

“Kerajaan ingin menegaskan kedudukannya yang tidak berbelah bahagi dalam penolakannya terhadap peningkatan berterusan di rantau ini dan perluasan konflik yang mengancam keselamatan dan kestabilan negara dan penduduk di rantau ini,” lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA) menerusi satu kenyataan.

Arab Saudi turut menggesa semua pihak untuk menahan diri sepenuhnya dan mengurangkan peningkatan konflik daripada berlaku, dan memberi amaran tentang akibat konflik ketenteraan yang berterusan di rantau berkenaan.

“Kerajaan menyeru masyarakat antarabangsa dan pihak yang berpengaruh dan aktif untuk menjalankan peranan dan tanggungjawab mereka ke arah mengurangkan peningkatan dan menamatkan konflik di rantau ini.” tambah kenyataan itu.

Gesaan itu berlaku selepas tentera zionis Israel melakukan serangan udara terhadap Iran pada awal Sabtu, yang menyasarkan pangkalan tentera dan tapak peluru berpandu, serta sistem pertahanan lain di beberapa wilayah negara itu. – Agensi / HARAKAHDAILY 26/10/2024

– Advertisement –



Scroll to Top