Arab Saudi pembida tunggal Piala Dunia 2034 – FIFA

Arab Saudi pembida tunggal Piala Dunia 2034 – FIFA

Arab Saudi merupakan satu-satunya negara kemukakan bidaan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034. – Foto 123RF

DOHA – Arab Saudi merupakan satu-satunya negara yang mengemukakan bidaan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034, umum Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Rabu, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Pengumuman itu dibuat semasa majlis tahunan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), yang diadakan di ibu negara Qatar, Doha.

Turut hadir, Presiden AFC, Sheikh Salman Ibrahim Al Khalifa dan Presiden Persekutuan Bolasepak Arab Saudi, Yasser Al-Misehal.

Permulaan proses pencalonan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia edisi 2030 dan 2034 akan dimulakan setelah mendapat kelulusan badan induk bola sepak berkenaan.

Scroll to Top