Arab Saudi Rasa Dikhianati, AS Alih Sistem Pertahanan Lindungi Israel

Arab Saudi Rasa Dikhianati, AS Alih Sistem Pertahanan Lindungi Israel

Oh! Tidak

Arab Saudi dakwa AS alihkan sistem pertahanan udara lindungi Israel ketika ketegangan Iran semakin memuncak.


Pegawai Arab Saudi mendakwa Amerika Syarikat meninggalkan sekutu di rantau Teluk dalam ketika ketegangan konflik Iran dan Israel semakin memuncak sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Menurut laporan News18, tindakan Amerika Syarikat yang mengalihkan sistem pertahanan udara bagi melindungi Israel dikatakan menyebabkan negara Teluk kini terdedah kepada ancaman serangan Iran.

Arab Saudi dakwa AS tinggalkan sekutu

Pegawai Arab Saudi mendakwa tindakan Amerika Syarikat memberi keutamaan kepada Israel membuatkan negara sekutu di rantau Teluk berada dalam keadaan berisiko.

Menurutnya lagi, beberapa negara yang menempatkan pangkalan tentera Amerika kini berdepan ancaman yang lebih besar daripada Iran.

AS meninggalkan kami dan mengalihkan sistem pertahanan udaranya untuk melindungi Israel. Mereka membiarkan semua negara Teluk yang menjadi tuan rumah pangkalan tentera Amerika terdedah kepada serangan Iran.- Ujar pegawai Arab Saudi.

Iran sasar lokasi penting Israel dan AS

Pasukan paramilitari Pengawal Revolusi Islam Iran pada Isnin memaklumkan bahawa mereka telah menyasarkan beberapa lokasi penting di Israel. Antaranya termasuk pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu serta ibu pejabat komander tentera udara Israel.

Serangan ini dipercayai sebahagian daripada tindak balas terhadap tindakan ketenteraan Amerika Syarikat sebelum ini.

Pssttt! Ohmedia harap ketegangan Asia Barat seperti ini tidak berlarutan sehingga memberi kesan lebih besar kepada rakyat biasa. Bila konflik melibatkan banyak negara, yang paling terkesan selalunya orang awam yang tidak bersalah.

Kredit: News18
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top