Ardell Aryana Bongkar Keadaan Dalam ‘Sel 12’, Ruang Misteri Yang Aneh Dan Menggerunkan! | Trending – Oh! Media

Ardell Aryana Bongkar Keadaan Dalam ‘Sel 12’, Ruang Misteri Yang Aneh Dan Menggerunkan! | Trending – Oh! Media

Sebagai seorang yang pernah jadi pelakon sebelum terjun sepenuhnya ke dunia kemanusiaan, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah tak pernah sangka perjalanan membantu Gaza kali ini menjadi antara detik paling gelap dalam hidupnya. 

Apa yang diharapkan adalah misi membawa harapan tapi tidak kesampaian apabila kapal yang dinaiki diserang dan ditahan.

Ardell cerita diserang water cannon dan kenapa hilang selama 15 jam

Misi ini bertukar tegang sejurus kapal Mikeno yang dinaiki aktivis itu diserang water cannon hampir dua jam. Katanya, tekanan air sangatlah kuat sampai boleh mematahkan struktur besi dan hampir menghumban mereka ke laut. Ketika itu mereka diarahkan membuang telefon untuk elak dikesan.

Kami ditembak dengan tekanan air yang sangat kuat sehingga ada besi yang patah. Dua jam itu satu perjuangan.

Selepas serangan, kapal mereka hilang 15 jam. Keluarga langsung tidak tahu kedudukan mereka sehinggalah akhirnya berjaya dikesan dan dibawa ke pelabuhan.

Dari pelabuhan ke tahanan

Ardell Aryana

Setiba di pelabuhan mereka dipisahkan sebelum dipindahkan ke bas tahanan yang sesak dan tiada pengudaraan. Ada yang hampir pitam, ada yang sesak nafas. Lebih memilukan apabila ada yang diarahkan untuk tanggalkan hijab.

Di depan kamera mereka senyum, di belakangnya kami dilayan seperti pesalah.

Ucapan sinis penjaga yang menyebut “welcome to paradise” hanya menambah luka pada hati mereka.

Pengalaman ngeri dalam ‘sel 12’

Ardell

Ardell kemudian ditempatkan di sebuah ruang yang digelar Sel 12 bersama Zizi Kirana dan seorang lagi aktivis. Tidak seperti sel lain, Ardell cerita yang ruang itu ada satu aura yang aneh.

Dalam sel itu terdapat wayar-wayar tercabut, lubang kecil pada dinding dan bau bangkai yang menusuk hidung membuatkan semua terasa seperti berada di ruang penyeksaan. 

Cerita mengenai tahanan yang dipulangkan tanpa organ tertentu, kesan terbakar dan anggota yang hilang hanya menguatkan lagi rasa takut.

Lebih menyayat hati, mereka langsung tidak diberi air bersih. Untuk terus hidup, mereka terpaksa minum air dari tandas. Makanan ada bagi, tapi bukan dalam keadaan yang sepatutnya.

Kecederaan fizikal dan pemeriksaan

Ardell Aryana

Ardell mengalami kecederaan akibat hentaman water cannon. Selepas menjalani pemeriksaan perubatan dan MRI, pakar mengesahkan Ardell mengalami kecederaan pada tisu bahu serta lebam pada badan. 

Bukan itu saja, keletihan melampau juga menyebabkan tekanan darahnya rendah sehingga hampir pengsan setibanya di lapangan terbang. Dia kemudian dirawat di Turki sebelum kembali ke tanah air.

Walaupun ada pihak mempersoalkan cerita mereka dan menuduh semuanya lakonan, kecederaan serta rekod perubatan membuktikan apa yang berlaku bukan cerita rekaan.

Latar belakang Ardell

Ardell

Ardell mula aktif dalam misi bantuan sejak 2017. Semua itu dilakukan atas rasa empati dan bukan kerana nama. Keluarga pada awalnya risau tetapi akhirnya memahami misi besar yang ingin dibawa. Malah anaknya sendiri dididik lebih awal tentang realiti penderitaan dunia supaya dia faham kenapa ibunya perlu ‘join’ misi kemanusiaan itu.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top