Ardell Aryana Nekad Naik Bot Kecil Demi Misi, Netizen Kagum Dengan Keberanian! | Trending – Oh! Media

Ardell Aryana Nekad Naik Bot Kecil Demi Misi, Netizen Kagum Dengan Keberanian! | Trending – Oh! Media

Pelakon, Ardell berkongsikan perkembangan terkininya yang kini dalam perjalanan menuju ke Gaza bagi menjayakan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

Dalam video di Tiktok, Ardell dilihat diberikan pil tahan mabuk laut kerana bot yang mereka naiki kali ini jauh lebih kecil dan sempit berbanding sebelumnya.

Bot kali ini lagi extreme, lagi kecik so dia punya goyang tu subhanallah… Bot yang sekarang ni memang semua kena ambil pil sea sick tu sebab bot ni jauh lebih sempit dan kecil.

Ardell sedia hadapi cabaran lautan

Walaupun berdepan dengan cabaran yang lebih hardcore, Ardell tetap bersemangat untuk meneruskan misi.

Walaupun bot ni tak berapa cantik dan lebih hardcore tapi sekurang-kurang ada sorang team Malaysia yang ada pengalaman hardcore macam ni.

Kata Ardell, semangatnya membara kerana tidak sabar untuk memberikan bantuan kepada saudara Islam di Gaza.

Netizen kagum dan doakan keselamatan

Ardell Zizi Kirana

Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan keberanian Ardell dan pasukan kemanusiaan lain. Ramai turut mendoakan agar mereka dipermudahkan perjalanan serta dilindungi Allah SWT sepanjang misi.

Sebelum ini, suami Ardell, pelakon Nadzmi Adhwa, pernah dikecam kerana memberi keizinan kepada isterinya menyertai misi berbahaya ini, namun beliau tetap menyokong perjuangan Ardell.

Pssttt! Keberanian Ardell jadi bukti, membantu sesama manusia tak kenal sempadan. Doa dan sokongan kita juga satu bentuk perjuangan, jangan berhenti peduli!

Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top