Ardell Dedah Tudung Direntap Hingga Rambut Tercabut, Diugut B*n*h Anak

Ardell Dedah Tudung Direntap Hingga Rambut Tercabut, Diugut B*n*h Anak

Aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana mendedahkan dia menjadi mangsa buli fizikal tentera I*rael ketika menjadi tahanan mereka. 

Memetik Astro Awani, Ardell berkata dia turut mengalami kecederaan tisu bahunya koyak dan lebam dimuka susulan diserang secara fizikal oleh tentera rejim Z.

BACA: “Ada Lagi Kecederaan, Bahu Ardell Koyak” – Nadzmi

“Dalam pertemuan dengan doktor tadi, doktor sahkan soft tissue bahu koyak, muka lebam dan rambut direntap,” katanya.

Ardel turut berkata tudungnya  direntap sehingga rambut tercabut dan sorakan beramai-ramai tentera Israel yang bertujuan mahu memalukannya.

“Saya pun tidak faham kenapa saya menjadi sasaran, tetapi mungkin sebab saya paling rajin buat live, dan live SOS saya diikuti ramai,” katanya.

Lebih mengejutkan, rejim Z turut mengugut untuk memb*n*h anak-anaknya jika Ardell enggan memberi kerjasama ketika proses penahanan.

Terdahulu, Ardell bersama 22 aktivis lain selamat tiba di Istanbul pada Sabtu lalu menerusi penerbangan khas yang diusahakan Kerajaan Turkiye dan Kerajaan Malaysia.

Kesemua aktivis dilapor dalam perjalanan pulang ke Malaysia dan dijangka bakal tiba di KLIA pada jam 9.45 malam ini.

Sumber: Astro Awani


Scroll to Top