Arif Aiman ziarah Faisal Halim

Arif Aiman ziarah Faisal Halim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Selepas membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala FA, Sabtu lalu, pemain sensasi negara, Arif Aiman Hanapi sempat menziarahi Faisal Halim di rumah rakan sepasukannya bersama skuad Harimau Malaya itu.

Menerusi gambar yang dikongsikan di laman Story Instagram milik Arif Aiman, dia sempat menemui Faisal di rumah pemain Selangor FC itu.

“Segera sembuh dan semoga dipermudah urusan Mickey (Faisal Halim),” tulis Arif Aiman.

Hantaran itu kemudiannya disambut Faisal yang turut menzahirkan ucapan terima kasih.

“Terima kasih Messi (Arif Aiman) datang melawat dan bagi semangat. Selamat maju jaya untuk perlawanan nanti,” kata Faisal.

Ini adalah gambar pertama buat kedua-dua pemain itu sejak Faisal disimbah asid pada 5 Mei lalu.

Sebelum ini, Faisal disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali di sebuah pusat belah-belah hingga mengakibatkan pemain itu terpaksa menjalani pembedahan kulit sebanyak empat kali.

Sehingga kini, penjenayah terbabit masih belum diberkas dan membuatkan penyokong ternanti-nanti mengenai perkembangan siasatan kes itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top