Arsenal sedia ‘bedil habis’ PSG

Arsenal sedia ‘bedil habis’ PSG

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta, melontarkan mesej penuh bersemangat menjelang pertembungan berprofil tinggi menentang gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG), dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara.

Baginya, sekadar mara ke kelompok empat terbaik Eropah tidak memadai β€” Arsenal mahu melangkah lebih jauh, mencipta sejarah dan menjulang trofi berprestij itu.

Keyakinan Arteta tidak hadir begitu sahaja selepas anak buahnya tampil luar biasa dalam aksi suku akhir, menyingkirkan juara bertahan dan pemegang rekod 15 kali kejuaraan, Real Madrid, dengan agregat menakjubkan 5-1.

Kemenangan itu bukan sekadar satu pencapaian, tetapi satu isyarat bahawa Arsenal kini sudah bersedia mental dan fizikal bersedia menakluk Eropah.

“Kami telah menempuh pelbagai rintangan musim ini, dan berada di sini sebagai satu daripada empat pasukan terbaik benua menunjukkan betapa kuatnya mentaliti, semangat, dan keinginan kami,” tegas Arteta dalam sidang media.

Tambahnya lagi, “Kami sedang menulis satu kisah yang istimewa. Tetapi kami tidak mahu ia tamat di sini. Kami mahu lebih.”

Ini merupakan kemunculan ketiga Arsenal di pentas separuh akhir Liga Juara-Juara, dan yang pertama sejak 2009.

Arteta percaya pasukannya kini mempunyai kualiti, keberanian, dan kesatuan untuk pergi lebih jauh.

β€œPara pemain benar-benar faham apa yang sedang kami usahakan. Mereka tidak gentar berdepan mana-mana pasukan. Lihat sahaja bagaimana mereka mengendalikan tekanan ketika menentang Madrid. Saya lihat ke dalam mata mereka β€” mereka sudah bersedia sepenuhnya,” kata Arteta.

Arsenal juga membawa momentum luar biasa, tidak terkalahkan dalam lebih dua bulan merentasi semua kejohanan.

Scroll to Top