
Arteta (dua dari kiri) memuji impak yang ditunjukkan Havertz (kanan) ketika menentang Brentford. – Foto AFP
MIKEL Arteta memuji Kai Havertz selepas pemain Jerman itu membantu Arsenal berada di puncak Liga Perdana Inggeris dengan gol pada minit ke-89 untuk memastikan kemenangan 1-0 di Brentford pada Sabtu.
Havertz adalah wira final Liga Juara-Juara untuk Chelsea pada 2021, tetapi dia telah mengharungi masa yang sukar sejak menyertai Arsenal pada musim panas lalu.
Pemain tengah berusia 24 tahun itu akhirnya membuktikan alasan Arteta sanggup berbelanja £65 juta (RM383 juta) untuk menandatanganinya apabila menjaringkan gol penting seminit sebelum perlawanan tamat.
Gol kedua Havertz untuk Arsenal itu adalah yang pertama dalam 10 penampilan terakhirnya dan meletakkan pasukannya satu mata di depan Manchester City di tempat kedua.