“Artis Sombong? Mungkin Dia Penat, Takkan Nak Tersengih Sepanjang Masa” 

“Artis Sombong? Mungkin Dia Penat, Takkan Nak Tersengih Sepanjang Masa” 

Pelakon Datuk Rosyam Nor berkata tanggapan segelintir pihak yang melabel rakan selebriti sebagai sombong hanya disebabkan salah faham atau berdasarkan  pertemuan singkat.

Memetik HibGlam, Rosyam berkata tidak adil untuk membuat penilaian dengan hanya sekali berjumpa dan artis juga manusia biasa dan tidak terlepas dengan naik turun emosi.

BACA: Rosyam Nor Dakwa Doktor Cuai, Jari Cucu Alami Kecacatan

“Kita tak boleh ‘judge’ artis sombong bila jumpa sekali. Mungkin masa itu dia penat, takkan nak tersenyum sepanjang masa atau mungkin karakter dia sebegitu tapi tak bermakna dia sombong.

“Macam saya nampak garang. Ada masa saya berjalan dengan muka berkerut. Jadi takkan nak cakap saya sombong. Kita kena faham keadaan, ada masa penat. Mungkin juga dia ada masalah,tiada duit, isu keluarga yang buatkan dia kusut.

“Tapi kalau awak tegur dulu, dia okey sahaja. Tidaklah nak tunggu artis itu tersengih pada semua orang. Nanti ada yang cakap ingat ada orang kenal kau ke?,” katanya.

Sementara itu, Rosyam berkata dia sentiasa menjaga hubungan baik dengan peminat yang merupakan tulang belakang dalam kerjaya seninya sejak dulu lagi.

“Kalau orang datang nak bergambar, saya santuni. Siapa artis tanpa peminat? Peminat yang bergambar, akan kongsi gambar itu dengan keluarga atau rakannya.

“Secara tidak langsung mereka seperti ‘rakan promosi’ buat kami iaitu pekerja seni. Itu sebenarnya yang membantu melonjakkan kerjaya kita,” katanya.

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai hantaran di Threads apabila netizen senaraikan nama beberapa artis yang didakwa sombong terhadap peminat.

Sumber: HibGlam


Scroll to Top