Seorang pelakon dan penyanyi terkenal ditahan polis semalam selepas melakukan amang seksual ke atas remaja perempuan di sebuah hotel di Selangor.
Memetik Harian Metro, mangsa berusia 17 tahun itu dikatakan berkenalan dengan artis tersebut di tempatnya bekerja di sebuah kafe.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata kedua mereka bertemu beberapa kali selepas perkenalan tesebut.
Tambahnya lagi, selepas beberapa kali pertemuan suspek kemudian membawa mangsa bertemu di sebuah hotel. Difahamkan, suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
“Ketika dalam pertemuan itu suspek melakukan perbuatan amang seksual fizikal kepada mangsa,” katanya.
Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792).
SUMBER: Harian Metro




