“Arwah Pesan Suruh Saya Kuat Sebab Anak-Anak”

“Arwah Pesan Suruh Saya Kuat Sebab Anak-Anak”

Balu kepada pelakon Allahyarham Along Eyzendy iaitu Hamidah Mohd Yatim berkata suaminya sering berpesan untuk kuat demi diri serta anak-anak seandainya dia tiada suatu hari nanti.

Memetik Harian Metro, Hamidah berkata arwah sering mengingatkan perkara itu setiap kali mahu keluar bekerja atau ke luar kawasan.

BACA: Along Eyzendy Meninggal Dunia

“Cuma. Along pesan suruh saya jadi kuat sebab ada anak-anak. Kena teruskan hidup juga kalau tak ada dia (Allahyarham). Macam mana-macam mana pun, ‘life must going on’ (hidup harus diteruskan)

“Jadi, kena kuat untuk anak-anak. Memang itu pesanan yang selalu Along titip dan ingatkan kepada saya. Sejak sebelum dia (arwah) sakit lagi. Macam itulah pesan dia.

“Mana-mana sebelum dia nak pergi pun, mesti dia ingatkan saya agar menjaga diri dan anak-anak,” katanya.

Sementara itu, Hamidah turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang hadir ketika pengebumian arwah suaminya.

“Allahyarham Along dah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai, Pasir Gudang pada jam 9.30 pagi ini. 

“Terima kasih pada semua yang datang dan mendoakan. Insya Allah, saya sabar dan akan kuat demi anak-anak,” katanya.

Sumber: Harian Metro


Scroll to Top