AS akan iring kapal tangki melalui Selat Hormuz jika perlu

AS akan iring kapal tangki melalui Selat Hormuz jika perlu
AS akan iring kapal tangki melalui Selat Hormuz jika perlu

Donald Trump. Foto: Agensi

NEW YORK – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Selasa bahawa Tentera Laut AS akan mengiringi kapal tangki melalui Selat Hormuz jika perlu, lapor agensi berita Xinhua.

“Jika perlu, Tentera Laut Amerika Syarikat akan mengiringi kapal tangki melalui Selat Hormuz secepat mungkin,” kata Trump dalam satu hantaran di media sosial.

Trump berkata beliau telah mengarahkan Perbadanan Kewangan Pembangunan Antarabangsa (DFC) AS untuk menyediakan apa yang dipanggil sebagai insurans risiko politik dan jaminan bagi perdagangan maritim, terutamanya tenaga, yang ‘melalui Teluk’.

Terletak di antara Teluk dan Teluk Oman, Selat Hormuz berfungsi sebagai satu-satunya laluan laut dari Teluk ke lautan terbuka, mengukuhkan statusnya sebagai antara lokasi strategik paling penting di dunia.

Media Iran melaporkan bahawa Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran telah menutup Selat Hormuz kepada kapal, menyatakan laluan perairan penting minyak dan gas itu tidak selamat akibat serangan AS dan Israel.

Pada pagi Sabtu, serangan udara AS-Israel terhadap Iran mengorbankan Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei, bersama beberapa ahli keluarga pemimpin itu, komander tentera kanan dan orang awam.

Iran bertindak balas melalui beberapa gelombang serangan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan Israel dan pangkalan AS di seluruh Asia Barat. – Bernama-Xinhua

 

 

Ringkasan AI

  • Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyatakan Tentera Laut AS akan mengiringi kapal tangki melalui Selat Hormuz jika perlu
  • Trump mengarahkan Perbadanan Kewangan Pembangunan Antarabangsa AS untuk menyediakan insurans risiko politik dan jaminan bagi perdagangan maritim
  • Selat Hormuz merupakan laluan laut penting dari Teluk ke lautan terbuka dan lokasi strategik penting
  • Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran menutup Selat Hormuz, menyatakan ia tidak selamat akibat serangan AS dan Israel
  • Serangan udara AS-Israel mengorbankan Pemimpin Agung Iran dan menyebabkan Iran melancarkan serangan balas ke atas Israel dan pangkalan AS di Timur Tengah
Scroll to Top