AS belum putuskan mahu berunding dengan Iran- White House

AS belum putuskan mahu berunding dengan Iran- White House

NEW YORK- Amerika Syarikat (AS) masih belum memutuskan untuk berunding dengan Iran meskipun negara itu telah memilih presiden baharu.

Jurucakap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), John Kirby berkata, Washington sedang menunggu apa yang presiden baharu Iran bakal lakukan.

Menurut laporan IRNA, Kirby yang juga jurucakap dan kordinator komunikasi strategik White House, ketika menjawab soalan wartawan sama ada AS bersedia untuk berunding dengan Iran berhubung perjanjian nuklear atau memulakan semula rundingan lain susulan pelantikan presiden baharu negara itu, beliau dengan tegas menjawab “tidak.”

Wartawan berkenaan meminta Kirby bercakap lebih kuat dan beliau sekali lagi menjawab “tidak.”

“Kami tidak akan kembali ke meja rundingan hanya disebabkan Iran mempunyai presiden baharu,” katanya lagi.

Sambil menegaskan tiada perubahan terhadap kedudukan Washington, Kirby sekali lagi mengulangi retorik anti-Iran dan mendakwa negara itu terus menyokong kumpulan pengganas seperti Hamas, Hezbollah dan Houthis.

Ketika ditanya sama ada White House mempertimbangkan fleksibiliti dalam kedudukannya berhubung pelantikan presiden baharu Iran, Kirby menambah:”kami harus melihat apa yang presiden baharu Iran mahu lakukan, namun begitu kami tidak menjangkakan sebarang perubahan terhadap pendekatan yang digunakan Iran.”- Agensi

 

Scroll to Top