AS hentikan operasi kilang vaksin COVID-19 di Baltimore

AS hentikan operasi kilang vaksin COVID-19 di Baltimore

BALTIMORE: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) semalam menghentikan operasi sebuah kilang yang merosakkan 15 juta dos vaksin COVID-19 Johnson & Johnson (J&J) yang dibangunkan AstraZeneca Plc.

New York Times melaporkan, J&J, dalam satu kenyataan, berkata pihaknya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembuatan vaksin COVID-19 di fasiliti Emergent BioSolutions Inc di Bayview.

Bagaimanapun, ia tidak menjelaskan sama ada akan mengambil alih kilang itu dan AstraZeneca Plc enggan mengulas lebih lanjut.

New York Times melaporkan, AstraZeneca, dalam satu kenyataan, berkata ia akan bekerjasama dengan pentadbiran Presiden AS, Joe Biden, untuk mencari kilang alternatif.

Jabatan Kesihatan dan Sumber Manusia AS akan mengambil tindakan memastikan kilang Emergent BioSolutions dikhususkan bagi pembuatan vaksin dos tunggal J&J.

Menurut laporan New York Times, yang memetik dua Pegawai Kanan Kesihatan Persekutuan, keputusan itu bertujuan mengelakkan kekeliruan pada masa hadapan. – AGENSI

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top