PORT OF SPAIN: Sebuah kapal perang Amarika Syarikat (AS) akan berada di Trinidad dan Tobago untuk latihan bersama berhampiran pantai Venezuela, kata kementerian luar negara kepulauan itu pada hari Khamis.
Kehadiran kapal perang itu di tengah-tengah kempen Washington terhadap pengedar dadah yang didakwa di rantau ini terutama Venezuela.
USS Gravely akan berlabuh di Port of Spain dari 26-30 Oktober, dan satu kontinjen Marin AS akan menjalankan latihan bersama dengan Pasukan Pertahanan Trinidad dan Tobago, katanya. – AFP




