Rome: AS Roma memecat jurulatihnya Ivan Juric berdasarkan kenyataan kelab Serie A itu sekali gus menjadikan individu itu sebagai pengendali kedua dipecat oleh pasukan berpengkalan di ibu kota untuk musim ini.
Roma tewas 3-2 di laman sendiri kepada Bologna yang merupakan kekalahan keempat dalam lima perlawanan liga terakhir mereka sekali gus berada di tangga ke-12 liga.
“Beliau mengendalikan persekitaran yang sukar dengan tahap profesionalisme yang tinggi, dan untuk itu kami berterima kasih… Pencarian untuk jurulatih baharu sudah bermula dan satu pengumuman akan dibuat dalam beberapa hari akan datang.
“Dengan ini kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ivan Juric atas kerja keras beliau dalam beberapa minggu ini,” kata Roma dalam satu kenyataan.
Roma melantik Juric pada bulan September selepas memecat Daniele De Rossi, menjadikannya jurulatih ketiga dalam tempoh lapan bulan.
Juric, yang sebelum ini mengendalikan Torino, Hellas Verona, dan Genoa, bermula dengan kemenangan berturut-turut di laman sendiri menentang Udinese dan Venezia dalam saingan liga, serta seri 1-1 menentang Athletic Bilbao dalam pertemuan Liga Europa.
Namun, rentak cemerlangnya tersekat dan Roma hanya memenangi satu daripada enam perlawanan liga berikutnya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




