AS tolak pindaan peraturan kesihatan WHO

AS tolak pindaan peraturan kesihatan WHO
Penolakan tersebut diumumkan pada Jumaat.

Penolakan tersebut diumumkan pada Jumaat.

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengumumkan penolakan terhadap pindaan peraturan kesihatan antarabangsa yang diterima pakai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tahun lalu, lapor Xinhua.

Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan Kemanusiaan AS, Robert F Kennedy Jr dan Setiausaha Negara, Marco Rubio mengeluarkan kenyataan bersama bagi menolak secara rasmi Pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa WHO 2024.

Kenyataan itu menyifatkan pindaan tersebut sebagai mempunyai istilah yang “kabur dan terlalu umum”, sambil menegaskan bahawa agensi-agensi AS “mengutamakan rakyat Amerika dalam setiap tindakan” dan “tidak akan bertolak ansur dengan dasar antarabangsa yang menjejaskan kebebasan bersuara, privasi atau hak individu rakyat Amerika.”

Perjanjian itu, yang diterima pakai di Geneva pada Jun 2024, bertujuan memastikan akses global terhadap ubat-ubatan, rawatan terapeutik dan vaksin sekiranya berlaku pandemik pada masa hadapan. – Bernama

 

 

Scroll to Top