ANKARA – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata bahawa Washington akan mengumumkan kadar tarif baharu terhadap sehingga 12 negara pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Saya telah tandatangan beberapa surat dan ia akan dihantar pada Isnin.
“Kemungkinan besar akan ada 12 jumlah berbeza, kadar tarif berbeza dan kenyataan berbeza untuk setiap satu,” katanya kepada wartawan.
Ketika ditanya negara mana yang akan terlibat, Trump enggan menyatakan secara terperinci.
“Anda akan dimaklumkan. Saya perlu umumkannya pada Isnin,” katanya ringkas.
Rumah Putih tidak memberikan maklumat lanjut mengenai sektor yang disasarkan atau kadar tarif yang bakal dikenakan.
Pengumuman itu dijangka merangkumi pelbagai kadar tarif dan kenyataan berasingan bagi setiap negara yang terlibat. – Bernama