“Asal jumpa je mengandung” -Lama tak kerja sekali, Nabil seronok ‘bahan’ Neelofa

“Asal jumpa je mengandung” -Lama tak kerja sekali, Nabil seronok ‘bahan’ Neelofa

Gandingan Neelofa dan Nabil Ahmad sewaktu mengacarakan program Meletop sebelum ini sememangnya sangat diingati kerana hampir 7 tahun mereka bekerja bersama.

Selepas memutuskan untuk berniqab, Neelofa mengambil keputusan untuk berundur dari Meletop. Namun, mereka masih bekerjasama untuk program berbentuk dakwah iaitu Next to N.

Perkongsian terbaru Nabil di Instagram baru-baru ini ternyata mengundang tawa peminat mereka apabila dia memuat naik gambar bersama isteri, Nazirah Ayub dan Neelofa yang terlihat sarat hamil anak kedua.

“Next To N. Jumpa je preggy,” tulis Nabil Ringkas.

Kapsyen ringkas tapi padat pengacara program Family Feud Malaysia ini di Instagram telah dihujani dengan pelbagai komen lucu dari warganet yang rata-rata terhibur dengan gurauan dua sahabat baik ini.

Mereka juga mengakui rindu melihat gandingan dua pengacara yang begitu serasi pada zamannya dan sudah jarang menonton Meletop kerana tiada lagi Neelofa mengendalikan rancangan tersebut.

 

Nampaknya, gurauan Nabil disambut oleh Neelofa apabila ‘memberi amaran’ supaya berhati-hati risau ‘berjangkit’ pula dengannya.

Untuk rekod, Nabil Ahmad telah mendirikan rumah tangga dengan Nazirah pada 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan, Nayla Mikayla, Leyla Medyna, dan Mishall Imani.

Manakala Neelofa pula telah bernikah dengan Haris Ismail pada Mac 2021 dan dikurniakan anak sulung, Muhammad Bilal pada 2022. Pasangan ini bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi selepas usahawan selebriti itu dimaklumkan sedang sarat mengandung.

Sumber: Instagram Nabil Ahmad