“Asalkan Anak Gembira Dan Punya Ayah Walaupun Aku Dibuang” – Hantaran Terbaru Cik Epal Undang Sebak | Oh! Media

“Asalkan Anak Gembira Dan Punya Ayah Walaupun Aku Dibuang” – Hantaran Terbaru Cik Epal Undang Sebak | Oh! Media

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram, pempengaruh media sosial Cik Epal memaklumkan dia sebagai ibu memperoleh hak jagaan penuh terhadap dua anaknya, Han dan Yuki.

Cik Epal berkata, dia bersedia berbincang demi kepentingan anak-anak dan mengetepikan isu peribadi melibatkan bekas suaminya, Jofliam termasuk curang.

Cik Epal ketepikan isu peribadi demi anak-anak

cik epal

Menurutnya, walaupun Jofliam pernah mencemarkan namanya di media sosial dan di depan anak-anak, Cik Epal memilih untuk tidak memanjangkan hal tersebut.

Namun kes hari ini aku telah bersedia berbincang dan demi kepentingan anak-anak, aku ketepikan bahawa duda aku burukkan aku depan anak, aku ketepikan hal aku diburuk-burukkan dan aku ketepikan fakta dia curang.

Pempengaruh ini turut mengakui Jofliam seorang bapa yang baik. Dia tidak membenarkan bekas suami menghubungi anak-anak sebelum ini kerana enggan perbualan dirakam dan dimanipulasi.

Sanggup tinggal berdekatan

cik epal

Dalam usahanya untuk memastikan Han dan Yuki dapat merasai kasih sayang seorang ayah, Cik Epal memutuskan untuk mencari rumah berdekatan dengan kediaman Jofliam.

Demi anak-anak, aku cari rumah dekat supaya duda aku boleh jumpa dan boleh gilir-gilir jaga. Boleh jumpa anak anak selalu. Sebab aku sayangkan anak-anak aku. Aku harap lepas ni duda aku tak buruk-buruk kan aku lagi. Kalau tak, aku memang akan fight semula. Mengalah demi anak. Asalkan anak gembira dan punya ayah walaupun aku dibuang.

Dengan cara ini, anak-anak mereka dapat bertemu bapa mereka secara berkala dan menikmati masa bersama kedua-dua ibu bapa.

Cik Epal turut berharap Jofliam tidak lagi memburukkan dirinya di media sosial. Namun, jika hal itu berulang, dia bertekad untuk mempertahankan diri demi menjaga maruah diri dan anak-anaknya.

cik epal

#OhmediaNasihat

Dalam kehidupan, kadangkala kita perlu berkorban demi kebahagiaan anak-anak seperti yang dilakukan oleh Cik Epal. Kebahagiaan dan kestabilan emosi anak-anak lebih penting daripada isu peribadi antara ibu bapa. Salute kematangan Cik Epal dalam menghadapi situasi ini.


Scroll to Top