Oh! Islam
Dr MAZA ingatkan berhati-hati memilih perkataan dalam isu wanita sertai operasi dan peranan sebenar mereka.
Satu perkongsian daripada Dr MAZA jadi perhatian apabila beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam memilih perkataan, terutama melibatkan isu wanita.
Menurut beliau, isu wanita menyertai sesuatu operasi berisiko bukan perkara yang boleh dilihat secara satu sudut sahaja, sebaliknya perlu dinilai dengan lebih teliti dari pelbagai aspek termasuk keselamatan dan maruah.
Dr Maza ingatkan wanita tidak didedahkan kepada bahaya tanpa keperluan

Dr MAZA menjelaskan bahawa secara asasnya wanita tidak sepatutnya didedahkan kepada bahaya seperti peperangan tanpa sebab yang kukuh. Lelaki pula mempunyai tanggungjawab untuk melindungi isteri dan anak-anak khususnya perempuan.
Ini kerana asalnya wanita tidak didedahkan kepada bahaya perang atau apa-apa bahaya tanpa keperluan.
Lelaki pula hendaklah sentiasa melindungi keselamatan isteri dan anak-anak khususnya yang perempuan.- Katanya.
Namun, jika keadaan memerlukan, wanita boleh turut serta seperti yang berlaku pada zaman Nabi sebagai perawat dan pembantu.
Penyertaan wanita mesti ada syarat

Dr MAZA turut menekankan bahawa penyertaan wanita bukanlah bebas tanpa syarat. Ia perlu memenuhi beberapa garis panduan penting sebelum dibenarkan.
Selain tujuan operasi yang memenuhi syarak, keizinan suami dan kesesuaian operasi di sudut diri wanita hendaklah diambil kira. Jika itu semua memenuhi, maka mereka boleh sertai sesuatu operasi.- Katanya.
Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa menganggap wanita yang berada di rumah sebagai tidak berperanan adalah pandangan yang tidak tepat.
Adapun kenyataan yang menganggap wanita yang tidak sertai sebagai isteri yang disimpan di rumah seakan tidak berperanan amatlah tidak sesuai.- Katanya.
Menurut beliau, wanita yang berada di rumah sebenarnya berada dalam perlindungan dan tidak didedahkan kepada risiko tanpa keperluan.
Nilai dengan ilmu bukan emosi

Dr MAZA turut mengingatkan supaya setiap isu dinilai dengan ilmu dan bukan emosi semata-mata.
Dalam semangat mahu memperjuangkan sesuatu yang kita percaya benar, kita juga hendaklah menilai setiap hal dengan imbangan pengetahuan, bukan emosi.- Katanya.
Pssttt! Kadang-kadang kita terlalu cepat nak respon sesuatu isu sampai terlupa nak fikir panjang. Ohmedia nasihatkan korang, ambil masa faham dulu keseluruhan cerita sebelum komen supaya tak tersalah tafsir atau menghukum.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




